Thursday, March 3, 2011

Kelebihan membaca Al- Ma'thurat...

Al-Ma'thurat merupakan sebuah karya Hassan Al-Banna, iaitu tokoh sejarawan Islam..... Ia mengandungi bacaan yg menjadi amalan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W..... Di sini saya ingin b'kongsi tentang kelebihan membaca Al Ma'thurat....

1. Tidak dihampiri syaitan 2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini. 3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat. 4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga. 5. Selamat dari segala sesuatu. 6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya. 7. Allah berhak untuk meredhainya 8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya. 9. Terhindar daripada syirik. 10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun. 11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang. 12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat. 13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. 14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan. 

Semoga ia menjadi amalan kita b'sama bagi memperoleh keredhaanNya....... insyaAllah... AMEENN!!

Jazakumullah hu hairan kathiran...

Monday, February 21, 2011

Kelebihan Surah Al- Mulk

Tahukah anda kelebihan surah Al- Mulk??

Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Saya telah search dalam 1 blog yg menyatakn sebahagian drpd kelebihannya...............
Antaranya ialah..............

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Oleh itu, amalkanlah surah ini........... sebaik2nya sebelum tidur.......igtlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara..... 


Wallahu'alam.......... sekian....



Thursday, February 17, 2011

Ikhtilat

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh................ Pada ari ini, saya nk kongsi sikit mengenai ikhtilat........... Mungkin ade kawan2 yg x tahu ape mksud ikhtilat........ Selepas saya menghadiri satu kem, saya telah didedahkan tentang perkara ini.... Perkara ini sgt penting bagi setiap muslim bagi memelihara kesucian agama itu sendiri....

Setelah merujuk dalam iLuvislam.com, ikhtilat bermaksud pergaulan bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Sesungguhnya, sesiapa yg membuka ruang ikhtilat ini boleh membuka ruang maksiat dalam masyarakat tanpa kita sedari....

Dalam surah An Nur ayat 31 menyatakan bahawa " Katakanlah kepada lelaki2 dari org yg beriman supaya memelihara pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan2 dari org2 yg beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka..."

Syariat Islam menyarankan kepada kita bahawa menundukkan pandangan.... Kalau dah b'gaul bebas masakan kita mampu utk untuk menahan dan menjaga pndgn? Jom kita b'kongsi tips2 utk berurusan dgn bkn muhrim...

1) Elakkan berhubungan dgn lelaki - klau boleh mntak tolong dgn perempuan, sebaik2nya suruhlah perempuan.... tetapi klau melakukan p'kara yg di luar kudrat, maka dibolehkanlah....

2) Ringkaskan dan padatkan ayat - selari dgn tuntutan Al- Quran, "wahai istri2 nabi, kamu bknlah spt perempuan2 lain jika kamu b'takwa, maka jgnlah kamu b'lemah lembut dalam b'bicara sehingga m'bangkitkan nafsu org yg mempunyai penyakit dalam hatinya, tapi ucapkanlah p'kataan yg baik." Bercakap dgn nada yg biasa shj, tdk perlu utk melembut-lembutkan suara di hadapan yg bukan mahram dikuatiri boleh membangkitkan nafsu seseorang....

3) Tndukkan hati - sewaktu berurusan dgn bkn mahram, kita patutlah risau tentang kemurkaanNya, byk2lah b'doa supaya urusan dipermudahkan agar terhindar drpd fitnah... mohon kpdNya supaya dihindarkan drpd panahan syaitan.....

4) Tundukkan pandangan - jgn t'tipu dgn istilah "eye contact with the person you're talking to" melainkan dgn kaum sejenis.. berwaspada dgn konsep "dari mata turun ke hati"... tetapi.. janganlah tundukkan pndgn sampai t'langgar tiang plak....haha... agak2la..

5)Mempercepatkan urusan - cepat2knla urusan... jgnlah smpai b'kongsi hal peribadi, b'gelak ketawa,  ataupun sebagainya yg tdk pnting...dan.. bincanglah di tempat yg sesuai... jgn berdua2an dgn yg bkn mahram. kpd wanita.... jika t'paksa b'urusan dgn lelaki... jgn lupa m'bawa peneman anda.... 

Semoga ianya menjadi peringatan kpd kita semua t'masuk diri saya sendiri..... igtlah ungkapan ini..................." sedangkan perempuan2 yg baik itu hanyalah utk lelaki2 yg baik, & lelaki2 yg baik itu hanya utk perempuan2 yg baik....."

Sekian.... Wassalam..

Hadis Ke- 10

Hari ni, saye b'minat nk kongsi tntang hadis yg ke sepuluh drpd hadis 40....

Hadis KesepuluhDari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan. '


Terdetik hati saye utk b'kongsi hadis ini kerana hal ini sgt b'kait rapat dgn kehidupan seharian kita terutamanya dalam ibadah,,,, apabila kita tdk menjaga makanan ataupun pakaian kita, dari mana sumbernya, haram ataupun halal, ibadah kita akan sukar diterima bahkan doa kita juga sukar dimakbulkan.... oleh itu, marilah kita sama2 menjaga perkara ini dgn sebaik2nya........

Wednesday, February 16, 2011

Hadis Ummat Akhir Zaman

UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG-ORANG YAHUDI



H.R. BUKHARI MUSLIM



Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah akan berlaku kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya)".


Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan menyesatkan umat Islam, namum akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi pertolongan kepada mereka.
 


Tuesday, February 15, 2011

Sejarah Hari Valentine Menurut Pandangan Islam


Bile sebut je tarikh 14 Februari, mungkin ada sesetengah masyarakat yg menggambarkan tentang hari valentine...

Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita menemui simbol-simbol atau  iklan-iklan tidak Islamik hanya wujud demi untuk mempromosi Valentine. Pelbagai tempat hiburan bermula dari disko/kelab malam, hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan  dukungan pengaruh media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day.

Saya dah search mengenai 1 article dlm internet yg menyatakan tentang sejarah valentine......

 SEJARAH VALENTINE: Sungguh merupakan hal yang menyedihkan & tidak sepatutnya terjadi apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr dalam Islam disebut 'Syuhada' yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh kerana pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan  jauh dari erti yang sebenarnya. Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine melalui greeting card, pesta persaudaraan, bertukar-tukar memberi hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahawa waktu ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.
 

Oleh itu, sebagai ummat islam, fikir2knlah...... Patutkah kita menyambut hari valentine yang pada asalnya merupakan upacara keagamaan orang kristian?? 




 
 

Assalamualaikum...

Alhamdulillah........... dpt jua akhirnya saya mewujudkan blog ini...... tujuan saya adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak maklumat dengan sahabat2...... marilah kita bersama-sama koreksi diri ke arah yang lebih baik..... menimba ilmu pengetahuan serta beramal dengannya kerana menuntut ilmu itu fardu.... bukankah ilmu yang tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah....?